Sunday, June 20, 2010

Sejarah Sarawak.


Latar belakang sarawak:

Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:-

* Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.
* Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.

Thursday, June 3, 2010

Formula Pythagoras Theoram.

Teoram Pitagoras ini digunakan untuk mendapatkan panjang sendeng (c) pada sesuatu segitiga bersudut tegak. Dengan adanya teoram ini kita juga dapat mencari panjang sisi kedua-dua segitiga bersudut tegak.

c=sendeng
a=panjang sisi 1
b=panjang sisi 2

Rumus asas bagi Teoram Pitagoras adalah:

TIPS DIET SECARA SIHAT.

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT
# Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
# Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
# Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
# Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
# Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
# Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
# Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
# Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
# Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
# Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
# Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
# Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.